30 March 2011

cinta hatiku sakit

dikesempatan ni nak mohon maaf ye sbb tolak order kek. cheh macam hari raya la pulak.kehkeh. bersebab juga kenapa saya lama x online, msg fesbuk tak berbalas.wa...jangan mara o...ada yang tanya resepi tapi saya tak balas tu bukannye saya sombong ok..tapi sebab saya dekat wad. menjaga sang puteri yang tak berapa sihat tu.maaf ye...

ramai yang bertanya bila dapat tau Damia Huda saya ni masuk wad. tak larat nak menjawap sebab bukan sorang dua yang tanya. sampai phone pon kena bar! kehkeh..sbb tu la saya tak reply ye..

Puteri saya ni dah kali ke 2 masuk wad. yang pertama masa umurnya 7 bulan. masa tu masuk wad sebab demam panas. malam masa tu bawak, terus masuk wad.panas dekat 40'C.
Kali ni masuk sebab demam tak surut-surut. Siang macam dah surut tapi bila malam demam cecah 40'C.  
Saya tak berani biarkan dirumah. bagi ubat 'vuntut' pun sama juga tak surut.
last skali saya dan encik suami decide untuk ke klinik pakar.

hari khamis 24 mac, selepas saya balik kerja, kami terus ke pakar puteri johor.
masuk emergency coz masa tu dah bukan waktu klinik dia. lama juga menunggu untuk ambil darah, x ray. lepas hampir sejam doc panggil dan tunjukkan result x ray damia.
memang nampak paru-paru yang ada kuman dengan tak. dan terus kena tahan wad.

bermalam di wad macam satu pengalaman ngeri je rasanya. satu sebab saya tak pernah masuk wad kecuali masa bersalin damia. satu lagi sebab dah pernah jaga damia masa 7 bulan tu. damia langsung tak nak tidur atas katil. so saya kena la tidokan dia dengan cara dukung/berpangku.sakit badan tuhan je tau. tapi demi anak. masuk wad kita pulak rasa nak demam kan..hihi

masa pasang benda ni (tak tau nak panggil apa). parent tak boleh tengok langsung. menangis la damia sorang-sorang dalam emergency room tu..huhuhu. pernah masa damia masuk emergency room masa jatuh kat rumah pengasuh, saya pulak yang menangis kat emergency room tu.huhuhu..tak tertanggung tengok anak menangis macam tu..ok2...tu cerita dah lepas. lepas solat magrib sume, damia ditempatkan dalam wad kanak-kanak bilik number 439 katil A dan nurse ajar cara nak bagi gas.
 gas ni untuk keluarkan kahak dia melalui najis. budak-budak manalah tau nak keluarkan kahak kan. nangis-nangis dia takut.huhu..aku pon takut gak!! T__T

 wayar untuk membenarkan air masuk kedalam badan damia dipasang. brape kali dia nak cuba cabut.mungkin rimas kot. 

dan cara memujuk dia dengan iklan-iklan kat tv. tapi mana ada tv iklan 24 jam .huhu

dan nmalam tu terasa sayu tengok damia tido dengan batuknya, sekejap sekejap terbangun. dengan wayar di tangan. malam pulak nurse datang bagi sedut gas. dan saya benarkan demi nak tengok dia sembuh cepat.

pagi jumaat, damia dihidangkan dengan bubur ayam dengan air milo. nampak macam makan kan..action je lebih..main je dengan bubur tu. tak makan pon.

tengok ..sama je masa bubur tu datang. last2 diorang amik dengan keadaan yang sama. siap double confirm lagi tanya 'anak puan taknak makan ni?' hahaha

dan hari jumaat tu juga aku terima panggilan dari kawan sekolah lama.Nurul Afidah. berita sedih. suaminya kembali ke rahmatullah meninggalkan kita semuanya..mulianya arwah pergi pada hari jumaat..al-fatihah.

hari sabtu menjelma..dalam hati cakap biarlah boleh balik hari ni...dah x larat nak ngadap dinding wad ni..dengan fon dah kena bar. mati kutu..haha.. damia pagi ni dia pilih sendiri menu sarapan. 

tapi yang dia makan cuma coleslaw je. agaknya kurang selera makan lagi kot.
wayar ditangan dah dicabut sebab air dah habis sebotol.sebotol air tu 500ml.

dan dan boleh senyum, ketawa. tapi menangis takut lagi kalau ditinggalkan. so kalau nak ke tandas ke kena make sure dia tido atau babah dia temankan.

dan doctor ismail datang bawa berita gembira. damia dah boleh keluar..yeay! umie yang suka lebih!hihi..
tapi hari jumaat ni kena datang check up lagi. dan kena teruskan antibiotik di rumah. semoga  tak berulang lagi hendaknyer ya..

doakan kesihatan damia huda dan kami sekeluarga berpanjangan. insyaallah.Amin Ya Allah~

No comments:

Post a Comment

Tempahan Wedding Cake~

Pemberitahuan:
1. Bermula tahun hadapan (2013), sebarang tempahan wedding cake akan dikenakan deposit sebanyak rm50 bagi tujuan 'booking date'.

2. Sebarang discussion berkenaan design kek hanya akan dilayan selepas pembayaran deposit tersebut.

3. Deposit sebanyak 50% perlu dijelaskan selepas persetujuan kedua belah pihak dan bayaran selebihnya boleh dibuat sebelum/ semasa penghantaran kek tersebut.

4. Sekiranya tempahan kek tidak dapat dibuat berikutan masalah kesihatan @ emergency, saya akan memulangkan kembali wang tersebut. Tetapi sekiranya pembatalan tempahan dibuat oleh pelanggan tanpa sebab yang munasabah, deposit tersebut tidak akan dipulangkan.

p/s: pertanyaan mengenai harga wedding cake tidak dikenakan apa-apa charge :D