31 March 2011

pengat pisang dan durian

desert tradisional yang encik suami sangat suka, pengat pisang. tapi kali ni saya campur dengan durian. durian tu sebenarnya simpan untuk damia yang masa tu tengah tido. tapi bila damia batuk2, terus tak jadi bagi. jadi saya masukkan sekali dalam pengat ni . 
 biasanya kalau tak dapat nak cari daun pandan kat pasar, saya letak pandan paste satu sudu teh. maklum lah kat bandar nak cari daun pandan susah. semua kena beli.

bahan-bahan

5 ulas durian
5 biji pisang belah dua secara serong
1/2 cawan gula melaka dipotong halus
1/2 cawan santan pekat
1 1/2 cawan air
3 sudu besar sagu-direndam 5 minit dan ditapis
3 helai daun pandan -dicuci bersih dan di ikat
secubit garam

cara-cara:
1-masukkan air dalam periuk bersama-sama dengan gula melaka, daun pandan, garam.kacau sampai gula hancur
2-masukkan sagu dan biar sagu kembang
3- masukkan pula durian dan pisang
4- akhir sekali masukkan santan tadi dan kacau sentiasa. kalau tak kacau, santan pecah jadi berbiji-biji tak cantik tau..

30 March 2011

cinta hatiku sakit

dikesempatan ni nak mohon maaf ye sbb tolak order kek. cheh macam hari raya la pulak.kehkeh. bersebab juga kenapa saya lama x online, msg fesbuk tak berbalas.wa...jangan mara o...ada yang tanya resepi tapi saya tak balas tu bukannye saya sombong ok..tapi sebab saya dekat wad. menjaga sang puteri yang tak berapa sihat tu.maaf ye...

ramai yang bertanya bila dapat tau Damia Huda saya ni masuk wad. tak larat nak menjawap sebab bukan sorang dua yang tanya. sampai phone pon kena bar! kehkeh..sbb tu la saya tak reply ye..

Puteri saya ni dah kali ke 2 masuk wad. yang pertama masa umurnya 7 bulan. masa tu masuk wad sebab demam panas. malam masa tu bawak, terus masuk wad.panas dekat 40'C.
Kali ni masuk sebab demam tak surut-surut. Siang macam dah surut tapi bila malam demam cecah 40'C.  
Saya tak berani biarkan dirumah. bagi ubat 'vuntut' pun sama juga tak surut.
last skali saya dan encik suami decide untuk ke klinik pakar.

hari khamis 24 mac, selepas saya balik kerja, kami terus ke pakar puteri johor.
masuk emergency coz masa tu dah bukan waktu klinik dia. lama juga menunggu untuk ambil darah, x ray. lepas hampir sejam doc panggil dan tunjukkan result x ray damia.
memang nampak paru-paru yang ada kuman dengan tak. dan terus kena tahan wad.

bermalam di wad macam satu pengalaman ngeri je rasanya. satu sebab saya tak pernah masuk wad kecuali masa bersalin damia. satu lagi sebab dah pernah jaga damia masa 7 bulan tu. damia langsung tak nak tidur atas katil. so saya kena la tidokan dia dengan cara dukung/berpangku.sakit badan tuhan je tau. tapi demi anak. masuk wad kita pulak rasa nak demam kan..hihi

masa pasang benda ni (tak tau nak panggil apa). parent tak boleh tengok langsung. menangis la damia sorang-sorang dalam emergency room tu..huhuhu. pernah masa damia masuk emergency room masa jatuh kat rumah pengasuh, saya pulak yang menangis kat emergency room tu.huhuhu..tak tertanggung tengok anak menangis macam tu..ok2...tu cerita dah lepas. lepas solat magrib sume, damia ditempatkan dalam wad kanak-kanak bilik number 439 katil A dan nurse ajar cara nak bagi gas.
 gas ni untuk keluarkan kahak dia melalui najis. budak-budak manalah tau nak keluarkan kahak kan. nangis-nangis dia takut.huhu..aku pon takut gak!! T__T

 wayar untuk membenarkan air masuk kedalam badan damia dipasang. brape kali dia nak cuba cabut.mungkin rimas kot. 

dan cara memujuk dia dengan iklan-iklan kat tv. tapi mana ada tv iklan 24 jam .huhu

dan nmalam tu terasa sayu tengok damia tido dengan batuknya, sekejap sekejap terbangun. dengan wayar di tangan. malam pulak nurse datang bagi sedut gas. dan saya benarkan demi nak tengok dia sembuh cepat.

pagi jumaat, damia dihidangkan dengan bubur ayam dengan air milo. nampak macam makan kan..action je lebih..main je dengan bubur tu. tak makan pon.

tengok ..sama je masa bubur tu datang. last2 diorang amik dengan keadaan yang sama. siap double confirm lagi tanya 'anak puan taknak makan ni?' hahaha

dan hari jumaat tu juga aku terima panggilan dari kawan sekolah lama.Nurul Afidah. berita sedih. suaminya kembali ke rahmatullah meninggalkan kita semuanya..mulianya arwah pergi pada hari jumaat..al-fatihah.

hari sabtu menjelma..dalam hati cakap biarlah boleh balik hari ni...dah x larat nak ngadap dinding wad ni..dengan fon dah kena bar. mati kutu..haha.. damia pagi ni dia pilih sendiri menu sarapan. 

tapi yang dia makan cuma coleslaw je. agaknya kurang selera makan lagi kot.
wayar ditangan dah dicabut sebab air dah habis sebotol.sebotol air tu 500ml.

dan dan boleh senyum, ketawa. tapi menangis takut lagi kalau ditinggalkan. so kalau nak ke tandas ke kena make sure dia tido atau babah dia temankan.

dan doctor ismail datang bawa berita gembira. damia dah boleh keluar..yeay! umie yang suka lebih!hihi..
tapi hari jumaat ni kena datang check up lagi. dan kena teruskan antibiotik di rumah. semoga  tak berulang lagi hendaknyer ya..

doakan kesihatan damia huda dan kami sekeluarga berpanjangan. insyaallah.Amin Ya Allah~

14 March 2011

merah putih brownies

alrite..alhamdulillah rezeki tak putus. kawan lama, panggilan namanya acai. tempah brownies layer cheese untuk annivesary cake. nak tambahan sikit deco untuk brownies nyer kali ni.

hepy annivesary acai my regular customer..hihi

baru je cik suami call cakap dah selamat deliver kat acai. 

12 March 2011

merah hitam-kek tunang

tempahan kali ni datangnyer dari orang kampung sentosa, kota tinggi, dekat jer rupanya.
wahidah kecil molek orangnye minta tema kaler hitam,ada merah2 sket sbb hantaran wahidah untuk pihak lelaki warna hitam putih. untuk lelaki kepada pihak perempuan pulak ,merah putih. so ada la hitam merah sikit. selamat bertunang wahidah!

 wahidah minta set cake n cupcake
dalam set ni ada sebiji cake 8'' dan 16 biji cupcake

dan wahidah minta tambah riben sket 
so ni lah final nye..

alhamdulillah wahidah suka, puas hati n dah order untuk next event.pantas!
tq wahidah!

home made ice cream

yiiha...! dek tak tertahan tengok resepi ais krim kak bad. makin lama tengok makin menggoda. makin sakit jiwa tengok lama2. balik kampung adik lak cakap terliur tengok ais krim kak bad. huh! pi kedai beli susu cair n telur. kat rumah ada telur itik. tak berani den nak torai..kang kuar anak itik  jawap!

sebelum buat siap call kak bad tanya soalan vudus-nak letak tempat beku ke biasa. kak bad jawap. kalau tempat biasa sampai pagi sok pon x keras!hhahaha..kak bad jawap buh kat atas..blur jap..sebab fridge nih tmpat beku kat bawah kak bad! dah terkena balik kak bad..maap ye kak bad..haha

resepi dia sangat senang. leh tengok kat sini resepi asal kak bad .
ops saya ada durhaka sikit kak bad.. saya tambah 1 biji telur lagi.haha..seb baik jadik!

jom layan resepi:

400ml susu segar
-kalau guna air boleh jugak tapi tak selemak susu cair kata kak bad

1 biji telur-saya tambah sebiji lagi

2 sudu makan overlate-saya guna 1 1/2 sudu saja

1/2 tin susu pekat manis

cara-cara:

1-bubuh sume bahan kecuali perasa dan pewarna dalam mixer bowl-guna mangkuk biasa pon boleh.
2-pukul sampai  gebu-dalam 10-15 minit
3-asing kan dalam 3 mangkuk
4-letakkan perasa dan pewarna
-saya letak sume parasa vanilla..kaler jerk lain
5-sendukkan 2 sudu ke dalam bekas ,ulang dengan warna lain keatas lapisan tadi
6- tunggu sampai keras- dalam 5-6 jam

setiap sejam mesti nk bukak fridge nak tgok keras ke belum..haha. tak sabar tau..dan hasilnyer memang best! macam ais krim yang beli kat kedai! tak percaya? buatlah sendiri.

-selamat mencuba-

botok-botok ikan

1st time saya tau cara untuk buat botok ikan ni. ikan pon ada botok tau! hihi setahu saya botok ikan ni resepi orang jawa.
saya beruntung dibesarkan di banyak negeri..pahang, kelantan , johor. belajar pulak di negeri sembilan. banyak makanan yang dapat merasa. keluarga kami pun bukan jenis cerewet dalam memilih makanan dan sifat ingin merasa makanan yang baru memang dah sebati dalam diri kami. seingat saya, makanan pelik2 yang saya banyak jumpa adalah di negeri kelantan. macam-macam nama makanan dan sedap.susah nak junpa di negeri lain.contohnya nama 'taik itik'.pelik kan? tapi itu lah nama makanan tu.

di negeri pahang pula yang memang terkenal adalah masak tempoyak ikan patin. dulu memang saya suka tempoyak lagi-lagi kalau ikan patin. sebut je apa yang berkaitan dengan durian..memang berhantu! tapi itu dulu. skrg ni dah tak boleh sentuh ikan patin.kenapa? sebab selepas berkahwin dengan suami saya, saya dilarang untuk makan ikan patin.sentuh pon tak boleh. saya pun pelik tapi keluarga mertua bagitau tu pantang larang bagi mereka.macam sumpah pak kaduk, sumpahan laksamana bentan,mahsuri...kalau makan boleh bawak maut.m..macam tak percaya tapi dah takut nak makan.huhu..

ok panjang pulak entri kali ni. cuma nak perkenal kan resepi yang saya TOLONG mak saya buat.hihihi..rasanya memang sedap.ditambah dengan banyak ulam2 dan sayur di dalamnya. rempah yang menyihatkan. jom kita tengok resepi..

bahan-bahan :

1 ekor ikan bawal/tenggiri
-lebih kurang 500 gram.ikan dibersihkan dan potong 4/5

6-8 ulas bawang merah
4-6 ulas bawah putih
1 inci halia
1/2 inci kunyit hidup
8-10 tangkai lada kering
3 batang serai-dipotong nipis
3 sudu makan ketumbar
2 sudu makan jintan manis
2 sudu makan jintan putih
air asam jawa 1/2 cawan
air secukupnya
**blander sebati sume bahan di atas.jangan cair sangat

1/2 cawan kelapa parut-diblander kasar
4 sudu makan kerisik/ikut kepekatan

bahan-bahan lain:

pucuk betik
daun limau purut-hiris halus
daun kesun-hiris halus
pucuk bebuas
pucuk manis
pucuk betik
pucuk ubi
daun pisang untuk membungkus.

cara-cara:

1-campurkan kelapa yang dikisar dan kerisik ke dalam bahan yang diblander
2- tambah garam & gula,perasakan
3-bentangkan daun pisang yang telah dilayur atas api
3-letakkan sayuran tadi
4-bubuh rempah diatas daun tadi anggaran 2 sudu makan
5-letakkan ikan yang telah dibersihkan dan dipotong
6-letakkan lagi rempah dan tutup semula dengan daun
7- kukus hingga masak

-selamat mencuba-

06 March 2011

jemput-jemput soda

hari ni mak,abah,acu sume pi kenduri.
tingal la hbby,damia dok kat umah mak ni
sementara tggu nak balik petang nnti
sempat wat jemput-jemput ni..
meh2 jemput..

nama jemput2 ni jemput2 soda
resepi dari kak bad..tumbs up kak bad!
resepi yang senang..
agak2 kalau malas nk buat sambal kacang tu,cicah sos dah ler..

ni resepi jemput-jemput soda..
**ni sume anggaran tau..pandai2 la korang ubah**

2-3 senduk tepung gandum
1 sudu teh soda bikarbonat
air-agak2 mcm nk buat jemput
gula 3-sudu makan
secunit garam

cara-cara:
campurkan sume bahan, bubuh air sedikit demi sedikit
kacau sebati.

perap dalam 10-15 minit.
goreng macam biasa-minyak byk
make sure minyak tu panas k

untuk kuah kacang pulak

bahan-bahan tuk kuah kacang lak:

cili kering yang direbus
bawang merah 4 ulas
bawang putih 2 ulas
1/2 inci belacan
(blender sume bahan atas ni-jadik cili boh)

2 batang serai
kacang tanah-sangan tanpa minyak,blender.jgn hancur sgt
*kalau malas beli je kacang timbang..macam aku ..kehkeh
air asam jawa

cara-cara:
-tumis cili boh smpai betul2 garing
-masukkan serai
-masukkan garam,gula,perasakan la..
-pastu masukkan air asam jawa
-buh kacang ikut kepekatan kuah yang korang suka

sangat simple dan sedap sbb layan dengan kuah kacang..

-selamat mencuba-

05 March 2011

pandan layer kek

sempena birthday abah yang ke 59 ni..-slamat hari lahir abah!..semoga panjang umur, murah rezeki dan dlm redha Allah Taala slalu-

aku de wat kek
1st time buat.alhamdulillah menjadi. resepinya asal kat my.resepi dari mat gebu
resepi ni sesuai tuk mkn2,minum petang.
aku wat resepi nih sbb terasa takmo mkn bttcream icing..
mcm dah muak jerk..so nk try xperiment wt kek nih lak..

mula2 carik resepi kat myresepi x jumpa..mintak lak kat kak bad .
best kak bad x kedekut..
meh kita syer resepi jom..

BAHAN2 UNTUK KEK:-
5 biji telur Gred A / 6 biji telur biasa
160 g gula -saya letak 130 je
125 g tepung gandum*
1 camca teh baking powder*
(*disatukan dan diayak) 
75 g minyak jagung -saya pakai minyak masak je
15 g ovallate
1 camca teh paste pandan
2 camca besar susu segar/cair

BAHAN2 UNTUK KASTARD:-
1050 g santan -sy guna santan kotak,campur air
225 g gula
10 g serbuk jelly -saya guna 1 peket ( 13gram)
1 camca teh paste pandan
100 g tepung Hoen Kwee (warna hijau) -kalau putih pun takpe..buh pewarna hijau
75 ml jus pandan (kisar 4 helai dan pandan dgn 75 ml air, kemudian tapis) @ pakai paste pandan jer..
Secubit garam

Cara-cara :

kita wat kek dulu k..

1.UNTUK KEK:-
Satukan telur, ovalatte, gula dan paste pandan. Pukul hingga kembang dan gebu. 
Perlahan kan speed dan masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis. 
Masukkan juga susu. Gaul rata.

2.Masukkan minyak, gaul rata. 
Tuang dalam tin 8'' inci yg telah di sapu dgn mentega dan alas dasarnya dgn kertas. 

3.Bakar dalam oven yg telah dipanaskan pada suhu 175C selama 30 minit.
 Bila masak keluarkan kek dari oven dan sejukkan. 

4.Potong keliling kek 1'' supaya jadik kecik sket ..jadi 7''. 
pastu potong mendatar sebanyak 3 keping atau 4..

UNTUK KASTARD:-
Satukan semua bahan2 untuk kastard dalam bekas tahan panas secara double boil

 kacau hingga pekat dan berkilat. Matikan api dan biar suam sedikit sebelum dilapis dgn kek.

5.UNTUK MEMBUAT KEK LAPIS PANDAN:- 

-Gunakan tin berukuran (8 x 8 x 3) inci. 

-Tuang 1/3 adunan kastard dan ratakan. 

-Lapiskan dgn sekeping kek. Tekan sedikit. 

Tuang lagi 1/3 kastad dan lapiskan dgn sekeping lagi kek. 
Ratakan biar memenuhi bhg yg kosong. 

-Lapiskan lagi dgn sekeping kek dan kemudian kastard dan diakhiri dgn kek. 
Isi ruang2 tepi kek dgn lebihan kastard.

6.Kemudian masukkan dalam peti sejuk sekurang2nya 1 jam. 
Keluar kan kek dari acuan dan salut dgn kelapa kering.

7.Bahagian yg ber kastard tu di atas dan kek dibawah. 
Ini bermakna kek nie dimulai dgn bhg kastard dan akhir dgn kek

tgok step by step mcm leceh kan..tapi bila buat senang je rupanya..

-selamat mencuba-

04 March 2011

hepy bezday abg najib!

alrite...hari -hari yang mendatang ..malas nk update blog..wahaaa
orang nak blog nak berblog gak...kehkeh
okies...stop!
order kali nih dari N.a gak
tuk birthday abg najib merangkap arkitek

design mula2 pening kepala. mula2 diorg suh wat logo toyota..
skali takmo lak..kenapa toyota?
ntah...abg najib pakai toyota kot..hahahaha
last skali diorg kata tulis je la hepy bezday.
nk yang simple jerk...
so ni la yang simple eah..

maaf..penampalan simen cream masih buruk T___T

tq coz x serik order ya!

apam polkadot

resepi asal apam nih dari kak bad merangkap kawan KR kat fesbuk.
kak bad yang sgt sporting n kelakar. yang penting kak bad x lokek dlm 
selok belok nak mengajar pasal masak2, baking membaking nih..
sayakan budak baru belajar..kehkeh
jom kita layan resepi..
mcm sengal lak tangan nih nak taip smula...
copy paste je la dr empunya resepi..
**kak bad jgn saman saya!!**

BAHANNYA:

3 biji telur - dari peti sejuk
275 gm tepung gandum
200 gm gula halus (150 gm saya guna )
150ml susu segar
1 sudu makan baking powder
1 sudu kecil ovallete
Filling blueberry secukupnya (masukkan ke dalam piping bag)
Pewarna ikut suka 

CARANYA:
-Masukkan semua bahan apam ke dalam mangkuk mixer dan pukul kelajuan maxima selama 6 - 8 minit.
-Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian dan titiskan pewarna yg digemari
-Masukan separuh adunan ke dlm paper cup yg diletak dlm acuan lompang dan letakkan filling (bluberry/kcg merah) dan masukkan separuh lagi adunan sehingga 3/4 penuh .
-Kukus dgn api yg sederhana selama 10 minit. 

01 March 2011

variety of muffin

alrite.entri kali nih nak citer pasal muffin.
selepas menuntut --->pi sekolah muffin..kehkeh
order muffin dibuka k..
ada 4 jenis muffin setakat nih

1- muffin chocolate chip
2- muffin strawbery
3-muffin oren fruity
4-muffin vanilla fruity

so pilih la okies...

nih muffin strawbery

muffin coklat chip

muffin orn fruity & vanilla fruity

Tempahan Wedding Cake~

Pemberitahuan:
1. Bermula tahun hadapan (2013), sebarang tempahan wedding cake akan dikenakan deposit sebanyak rm50 bagi tujuan 'booking date'.

2. Sebarang discussion berkenaan design kek hanya akan dilayan selepas pembayaran deposit tersebut.

3. Deposit sebanyak 50% perlu dijelaskan selepas persetujuan kedua belah pihak dan bayaran selebihnya boleh dibuat sebelum/ semasa penghantaran kek tersebut.

4. Sekiranya tempahan kek tidak dapat dibuat berikutan masalah kesihatan @ emergency, saya akan memulangkan kembali wang tersebut. Tetapi sekiranya pembatalan tempahan dibuat oleh pelanggan tanpa sebab yang munasabah, deposit tersebut tidak akan dipulangkan.

p/s: pertanyaan mengenai harga wedding cake tidak dikenakan apa-apa charge :D

02 March 2011

brownies layer cheese again! + steambath cake

order nih dtg dari sape ek nama dia..hahahahaha
officemate suamikuu..
thanks ya!