Showing posts with label resepi kek. Show all posts

05 April 2011

custard teacake

saya selalu menjengah blog yang ada resepi yang menyelerakan pada mata saya. lepas tu copy,paste, save. kalau rajin saya salin masuk dalam buku atau pun save draft dulu dalam blog. kebanyakan resepi yang saya ambil tu dah ramai orang mencuba. sama macam resepi yang saya buat kali ni. mula-mula saya dapatkan resepi ni dari kak ita, lepas tu belek blog mat gebu pun terjumpa resepi yang sama dan resepi asalnya dari  1001 resepi . ramai kan dah buat cuma saya yang tertinggal.

akhirnya saya cuba juga.cuma saya pandai-pandai la menambah pisang lecek. sebab pisang kat rumah tak terusik pun. so dari busuk mcm tu je baik saya manfaatkan. rasa kek ni memang sedap bak kata cik mat gebu, kek paling sedap dirasa. lebih kurang macam tu la. kek ni tekstur dia padat. tak la naik macam kek biasa kita buat. senang dan puas hati. so cuba lah yea!

custard teacake:

bahan-bahan kek:
125gm butter / 1/2 cawan butter
5 sudu besar gula kastor
1 biji telur ayam gred A
3/4 cawan tepung naik sendiri
1/4 cawan tepung kastard
1/2 cawan pisang dilenyek

bahan-bahan inti kastard:
1 sudu besar tepung kastard
1 sudu besar gula kastor
2/3 cawan susu segar
1 sudu besar butter
1 sudu teh vanilla

cara-cara:
kita buat inti kastard dulu ye.
1-larutkan gula, tepung kastard dalam susu segar-dalam mangkuk tahan panas
2-masakkan atas api dan kacau smpai pekat dan tak berketul

cara-cara adunan kek:
1-pukul mentega dan gula sampai kembang dan gebu
2- masukkan telur, gaul rata
3- masukkan tepung, gaul rata lagi,masukkan pisang lenyek
4-masukkan 1/2 adunan dalam loyang yang disapu butter dan beralas kertas minyak, ratakan
5- bubuh inti kastad tadi ditengah-tengah, ratakan sedikit tapi jangan sampai ke tepi loyang
6-tutup dengan separuh lagi adunan.ratakan.
7-bakar pada suhu 175 'C hingga masak

05 March 2011

pandan layer kek

sempena birthday abah yang ke 59 ni..-slamat hari lahir abah!..semoga panjang umur, murah rezeki dan dlm redha Allah Taala slalu-

aku de wat kek
1st time buat.alhamdulillah menjadi. resepinya asal kat my.resepi dari mat gebu
resepi ni sesuai tuk mkn2,minum petang.
aku wat resepi nih sbb terasa takmo mkn bttcream icing..
mcm dah muak jerk..so nk try xperiment wt kek nih lak..

mula2 carik resepi kat myresepi x jumpa..mintak lak kat kak bad .
best kak bad x kedekut..
meh kita syer resepi jom..

BAHAN2 UNTUK KEK:-
5 biji telur Gred A / 6 biji telur biasa
160 g gula -saya letak 130 je
125 g tepung gandum*
1 camca teh baking powder*
(*disatukan dan diayak) 
75 g minyak jagung -saya pakai minyak masak je
15 g ovallate
1 camca teh paste pandan
2 camca besar susu segar/cair

BAHAN2 UNTUK KASTARD:-
1050 g santan -sy guna santan kotak,campur air
225 g gula
10 g serbuk jelly -saya guna 1 peket ( 13gram)
1 camca teh paste pandan
100 g tepung Hoen Kwee (warna hijau) -kalau putih pun takpe..buh pewarna hijau
75 ml jus pandan (kisar 4 helai dan pandan dgn 75 ml air, kemudian tapis) @ pakai paste pandan jer..
Secubit garam

Cara-cara :

kita wat kek dulu k..

1.UNTUK KEK:-
Satukan telur, ovalatte, gula dan paste pandan. Pukul hingga kembang dan gebu. 
Perlahan kan speed dan masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis. 
Masukkan juga susu. Gaul rata.

2.Masukkan minyak, gaul rata. 
Tuang dalam tin 8'' inci yg telah di sapu dgn mentega dan alas dasarnya dgn kertas. 

3.Bakar dalam oven yg telah dipanaskan pada suhu 175C selama 30 minit.
 Bila masak keluarkan kek dari oven dan sejukkan. 

4.Potong keliling kek 1'' supaya jadik kecik sket ..jadi 7''. 
pastu potong mendatar sebanyak 3 keping atau 4..

UNTUK KASTARD:-
Satukan semua bahan2 untuk kastard dalam bekas tahan panas secara double boil

 kacau hingga pekat dan berkilat. Matikan api dan biar suam sedikit sebelum dilapis dgn kek.

5.UNTUK MEMBUAT KEK LAPIS PANDAN:- 

-Gunakan tin berukuran (8 x 8 x 3) inci. 

-Tuang 1/3 adunan kastard dan ratakan. 

-Lapiskan dgn sekeping kek. Tekan sedikit. 

Tuang lagi 1/3 kastad dan lapiskan dgn sekeping lagi kek. 
Ratakan biar memenuhi bhg yg kosong. 

-Lapiskan lagi dgn sekeping kek dan kemudian kastard dan diakhiri dgn kek. 
Isi ruang2 tepi kek dgn lebihan kastard.

6.Kemudian masukkan dalam peti sejuk sekurang2nya 1 jam. 
Keluar kan kek dari acuan dan salut dgn kelapa kering.

7.Bahagian yg ber kastard tu di atas dan kek dibawah. 
Ini bermakna kek nie dimulai dgn bhg kastard dan akhir dgn kek

tgok step by step mcm leceh kan..tapi bila buat senang je rupanya..

-selamat mencuba-

16 February 2011

brownies layer cheese

sempena maulidurrasul duduk rumah je tak ada apa yang nak dibuat
kadang kadang terfikir jugak , macam mana kalau jadi suri rumah speneuh masa
memang banyak kerja yang nak dibuat. 
kadang kadang jugak banyak masa yang kosong minta di gunakan
kadang kadang hari sabtu ahad tu lepas cuci baju, sapu sampah, masak dan keje2 rumah dah setel
duduk la melayan damia main, tengok tv, seronok! ishhh.. dah rasa nak berhenti keje la pulak!
lagi2 bila reen dh wat keputusan muktamad nk bhnti keje..nk jadi full time hwife
pape pon gudluck reen!

dipendekkan citer smlm dek kerana boring dan takde keje dah nak wat
so dengan tekak nak mkn brownies..bukan mengidam taw!
tp ada gak nak rasa cheese..camana tu eah..
campur adukkan jadik la brownies layer cheese.kehkehkeh
suka hati je kan..

dengan pertolongan damia..
tolong la sangat..tolong la tu..org nk mix, dia nk pegang mixer jugak..
orang nk pecahkan telur dia nak jugak..sebijik telur slamat..betul2 terpecah...!
mcm biasa...damia mintak cukai cheese..last2, dah buh cheese tu, bg je kat dia pembalut
cheese tu. ada la saki baki cheese sket. jadik la damia..

nak resepi?
jom kita layan

bahan untuk brownies :

180gm gula kaster
200gm marjerin
200gm coklat bar-coklat masakan
190gm tepung gandum-ayak
50gm serbuk koko-ayak
4 biji telur gred A-kalau telur ayam biasa buh 4 bijik keyh!

cara membuatnye pulak:
kita wat brownies dulu tau
1. cairkan butter+coklat masakan secara double boil.
2.pukul telur dengan gula sampai gula hancur. jangan lama2 sangat
3. step seterusnya guna spatula sahaja k! masukkan tepung n koko yang dah diayak.kacau rata
4.masukkan coklat masak n butter yang dah dicairkan tadi
5.bubuh separuh adunan ni dalam loyang yang dah sapu butter.separuh je tau!
6.masukkan loyang dlm pengukus.tutup loyang pakai aluminium foil,
kukus smpai masak sebelum masukkan layer cheese pulak

**kukus mesti dipanaskan terlebih dahulu tau

sementara tu kita wat layer tuk cheese lak k

bahan untuk cheese:
250gm cream cheese (saya guna tatura brand)
80gm gula kaster
25 ml susu segar/air
1 biji telur gred A

ok untuk layer nih senang je..campurkan semua bahan KECUALI telur.
pukul semua bahan sampai kembang pastu baru masukkan telur..kacau rata.

bila lapisan brownies td dah masak, masukkan lapisan cheese

pas lapisan cheese da masak baru masukkan lebihan adunan brownies td

note: loyang kena tebal. atau pon u all pandai2 la kurangkan adunan tuk brownies td yerk. 
atau leh gak tambah adunan cheese tu menjadi 2 adunan..baru rasa nyer superb!
sbb kek nih mmg tuk loyang 9''lebar x3''tinggi loyang. tu pun adunan kena aluminium foil.

oleh yang demikian, bila dah kena alumn. foil tu, saya trus la masukkan dlm oven..hahahaha
dah jadik separuh kukus, separuh bakar. tp rasa tetap mengancam beb!

taraaa...

ni la hasil dia pas dibakar

tuk coklat topping :
bar coklat + whipping cream
-double boil smpai cair
curahkan jela atas kek tu...

dengan parutan coklat..kalau ada stroberi kan lagi best..

nyway slamat mencuba!

09 December 2010

coklat moist cake

1st order from asain.
2 layer topping..tebal woo

2nd order dr asain gak..dia request coklat rice sume byk2..
ni la hasil dia..mcm sarang semut dah jadi..hehe

jom kongsi resepi coklat moist ni

kek ni boleh dibakar / kukus.cara buat sama jer

bahan A (ayak)
2 cawan tepung gandum
1/2 cawan serbuk koko
1 sudu teh baking powder
**saya gantikan tepung gandum dengan tpg naik sendiri.
tak payah tambah baking powder dah**

bahan B (campurkan)
2 sudu air suam
1 sudu teh esen vanila
1/2 sudu teh nescafe

bahan C
1 cawan butter
2 cawan gula kastor

air sejuk (dlm fridge) 7 oz
3 biji telur gred B-kalau kecil leh guna 4 biji

cara2:

1- pukul bahan C sampai putih
2-masukkan telur satu persatu
3-masukkan bahan B
4-step seterusnya pakai whisk je / senduk/sudip/spatula/sewaktu dengannya
5-masukkan bahan A yang dah diayak. kacau secara kaup balik
6-bila dh berat x leh nak kaup balik, buh air pelan2,kacau sebati
7-masukkan adunan dlm loyang yang dh alas dgn kertas minyak.
bakar/kukus sampai masak

17 November 2010

cheese kek

mlm raya haji hari tu projek slice cheese cake.
mula2 mcm cuak je hasil dia camno sbb x pnh wat.
sedap mmg sedap sbb kurang manis. tp x cukup!
kalau tuk family besar, kena doublekan adunan..kalau tak ada yg nangis!

jom layan gambar

mcm hangus je atas dia

ni gambo dr atas

ha.. ni lak pas deco dgn cooking coklat..terrcair sikit..hehe

masuk fridge jap..raya haji mkn..best2
x manis sgt, x muaks sgt..
mcm span..kalau takde span basuh pinggan ke..leh la guna :P

nk resepi?

slice cheese cake

bahan2:

4 biji telur(asing putih n kuning)
1 cawan gula(kalau nk manis buh 10 cwn..hoho..!)
1 cawan tepung gandum
1/2 cwn butter
5-6 keping slice cheese(yg keping2 wt mkn dgn roti tu)
susu cair 200ml/7 oz..(kalau takdo penyukat guna botol susu anak..sekian)
loyang 200mm/20cm

esen vanilla sket

cara2:

1- ayak tepung gandum,sapu loyang dengan butter,alas pakai kertas minyak
loyang pakai yang springform punyer..yang leh bukak tepi..kalau tak susah nk kuarkan(mcm saya)kehkeh

2-siatkan/koyakkan slice cheese cake kecik2, masukkan dlm bekas tahan panas dengan susu cair.masak atas api perlahan sampai cheese cair.

3.masukkan butter, kacau perlahan sampai semua bahan sebati.

4.sementara tu, pukul kuning telur sampai kembang

5. dalam bekas lain, pukul putih telur dengan gula sampai adunan putih gebu mcm span

6. masukkan semua adunan dalam 1 bekas, kacau dgn cara kaup balik pelan2, masukkan tepung gandum dan esen vanila, kacau sebati.

7.tapis masa curahkan dlam loyang

8. bakar dgn cara steambaked buh loyang dlm loyang besar(loyang besar buh air panas)

9. suhu dlm 150-170 ikut kpanasan oven. kalau agak2 dh masak jgn trus bukak oven, renggangkan oven sket baru bukak.

slamat mencuba!

25 October 2010

Kek evergreen

Kek evergreen

Bahan A
10 biji telur
1 gelas gula
1 sudu overlate

Bahan B
16oz mentega
1 gelas sri kaya
1 gelas susu pekat
2 gelas tepung gandum
2 peket santan krim (serbuk)
1 sudu the pandan paste
Pewarna hijau

Cara-cara
-pukul bahan A sampai betul2 kembang
-pukul bahan B sampai kembang (bekas lain)
-satukan kedua-dua bahan, kacau sebati,
-masukkan pewarna hijau
-alas Loyang (biasanya 8”x8” atau 9”x9”) dengan kertas minyak yang dah sapu butter
-senduk 5 – 8 sudu makan adunan dah ratakan dlm Loyang guna sudu
-bakar 180’C sampai kekuningan, senduk lagi dan lapis adunan sampai habis
Tips: untuk lapisan pertama dan kedua, guna api atas bawah. Lapisan seterusnya guna api atas je.

kek lobak pisang

mlm td ada pisang lbih..mula2 nak wat kek pisang..teringat kek lobak pulak...tu yang jadik 'kek lobak pisang'...bantai ajelah...Ape2 pun kek ni nampak nipis sebab wat adunan sikit je. loyang pulak takde yang kecik.so guna paling kecik kat umah tu 8'' x 8''..kalau guna 10'' x 10'' agak2 jadik lempeng tak??

ni lobak yang dah siap diparut...jangan parut kecik2 sangat..x rasa...ngeee

saje tabur dalam chocolate rice yang ada lebih sikit tu...habis kan terus...

jom layan resepi...

bahan-bahan:

ayak
1 cawan tepung gandum**
1 sudu teh baking powder**
1/2 sddu teh soda bikarbonate**
1 peket santan krim**

1 cawan gula pasir
1 cawan minyak masak/minyak jagung/butter cair
3 biji telur (kalau gred A dua pon cukup)
1 cwn lobak- parut
1 sudu teh esen vanila
1 sudu teh serbuk kayu manis
1 cawan pisang-lenyek
kacang walnut 1/2 cawan -cincang (buh je dlm plastik pastu ketuk2 pakai lesung...malas :P)
secubit garam

cara
1-pukul minyak,gula dan telur sampai sebati
2-masukkan lobak parut dan pisang,garam,serbuk kayu manis,esen vanila
3-masukkan bahan yang dah di ayak, kacau lagi
4-masukkan kacang walnut
5- masukkan adunan dlm loyang yang dh alas kertas minyak
6-bakar....masa bakar bau msti wangi.....best2..

slamat mencuba ye..

Tempahan Wedding Cake~

Pemberitahuan:
1. Bermula tahun hadapan (2013), sebarang tempahan wedding cake akan dikenakan deposit sebanyak rm50 bagi tujuan 'booking date'.

2. Sebarang discussion berkenaan design kek hanya akan dilayan selepas pembayaran deposit tersebut.

3. Deposit sebanyak 50% perlu dijelaskan selepas persetujuan kedua belah pihak dan bayaran selebihnya boleh dibuat sebelum/ semasa penghantaran kek tersebut.

4. Sekiranya tempahan kek tidak dapat dibuat berikutan masalah kesihatan @ emergency, saya akan memulangkan kembali wang tersebut. Tetapi sekiranya pembatalan tempahan dibuat oleh pelanggan tanpa sebab yang munasabah, deposit tersebut tidak akan dipulangkan.

p/s: pertanyaan mengenai harga wedding cake tidak dikenakan apa-apa charge :D