29 April 2011

apam beras

tergoda dengan apam beras kak Rima. resepi kak Rima kalau buat insyaallah jadi.
hasil tangan kak rima yang halus dan seni..

tapi apam saya ni tekstur nye agak kasar sikit mcm orangnye.kehkeh

saya buat 2 kaler je.satu lagi plain je. sbb.....tak berapa nak rajin ler..hehe

ok jom tgok resepi

3 cwn tepung beras
2 cwn gula pasir-saya kurangkan jadi 1 1/2cawan
1 cwn tpg gandum
1 peket mauripan
2 cawan nasi blender sampai hancur dengan 3 cwn air
kelapa parut anggaran 1/2 biji digaulkan dengan sedikit garam

cara-cara:

masukkan semua bahan kering dalam bekas dan kacau rata
masukkan pula nasi yang telah dikisar dan kacau rata sampai tak berketul
perap adunan.tutup dengan kain/tuala bersih lebih kurang 1 jam.
sementara tu panaskan periuk kukus. 
sebelum kukus, sapu minyak masak sikit dekat acuan lompang supaya tak melakat.
kukus anggaran lebih kurang 10-15 api sederhana

i love u nana

i love u nana! mula-mula tukang  order ni malu2 nak tulis ape.
tukang order ni dirahsiakan tau. dia kata nk post gambar takpe tapi rahsiakan sape..jeng..jeng..jeng..

kaler ape pon dia tak kesah asalkan comel n sweet katanya..sweet ke? ops...

ok dah buh dalam safety box.
lunch hr td dah selamat samapi kat penerimanya, nana.terperanjat ada orang wat suprise eah...
sangat sweet!

20 April 2011

baked cheese cake

baked cheese cake. bagi penggemar cheese..ni la paling sesuai .hehe.order dari en hashim takmo campur base biskut pun .semata2 nak kek ni saje.saya pun lebih suka rasa cheese cake yang kosong ni. .hi~ untuk makan family. tq en hashim :)

08 April 2011

birthday cake 2 theme

kek kali ni ada 2 tema.macam mana?haha..mula-mula pening jugak nak deco macam mana. lepas bergaduh dengan kawan yang nama mek sheeda ,pas dpt pendapat dia jadik la kek macam ni..tada...

kenapa ada bear?bear tu untuk nurulhuda liyana. sebab dia gurl, buh la bear tu. nape ada kereta?kereta tu untuk adik dia nama nizam.ha......laki dengan pempuan so dapat la tema kek ni.

pagi tadi masa nak masukkan kek ni dalam kotak, damia dah aim..dia cakap 'baby..baby..'
nyaris dia nak cabut bear tu...huaaa..seb bek selamat..nanti la umie wat satu kat damia k!

untuk along dan mamat, selamat bertambah usia..blajo pandai2 ye!

selit gambar latest damia

07 April 2011

laka masak lemak nenas

laka?apa laka tu?oh...laka tu sejenis udang. laka tu panggilan orang sarawak . orang semenanjung panggil udang ni udang ketak atau udang lipan. Rasa? bagi saya rasnya memang sedap dan manis berbandaing udang biasa atau ketam. tapi jarang dijumpai. kalau di johor ni, kipmart tampoi kadang kadang ada jual, ikut nasib la.sekilo rm4.50. tapi kalau di sarawak laagi murah.sekilo seringgit je dan besar-besar. kalau kecik-kecik  yang macam encik suami dapat beli ni isinya sangat sikit berbanding di sarawak seeko rpasti lebih setengah kilo atau sebesar lengan Damia!

sedih masa nak masak udang ni.huhu.sebab santan yang encik suami beli basi. nasib baik la saya bau dulu sebelum tuang.nasib baik santan serbuk ada jadi penyelamat..
cara masakan lemak ni sama je dengan masak lemak macam biasa tapi saya letak la juga resepi untuk berkongsi ye..

bahan-bahan:

300-400 gram udang ketak/laka
3/4 cawan santan 
nenas-separuh dipotong nipis atau ikut suka
1 batang serai
*1/2 inci kunyit hidup/1 sudu teh serbuk kunyit
*5 biji bawang kecil
*3 ulas bawang putih
*1/2 inci halia
(*blander dengan 1/2 cawan air)
daun kunyit dipotong nipis
1 sudu teh halba

cara-cara:
bersihkan udang ketak /laka.buang kepala.
masukkan bahan yang dah diblander dengan 1/2 cawan air lagi 
masukkan serai dan halba
bila dah mendidih masukkan nenas dan biar mendidih lagi
masukkan udang ketak/laka
bila dah mendidih masukkan santan
kacau sentiasa dan padamkan api bila dah mendidih.
**tak payah masukkan asam keping sebab nenas dah masa ye...

06 April 2011

FBK-facebook klassik

repeat order dari kak inah ZAB. sape2 yang aktif dalam facebook  klassik FBK ni mesti kenal kak inah yang lawo. hehe. kak inah n kak nina nak jumpa boss fbk kat danga bay katanya. so dia nak wat suprise tuk boss fbk n nickname dia arjunah rindu..cheewah.tq kak inah n jangan serik ye. sory kualiti gambo yang tak memuaskan. pakai kamera cap ayam jek :P

05 April 2011

custard teacake

saya selalu menjengah blog yang ada resepi yang menyelerakan pada mata saya. lepas tu copy,paste, save. kalau rajin saya salin masuk dalam buku atau pun save draft dulu dalam blog. kebanyakan resepi yang saya ambil tu dah ramai orang mencuba. sama macam resepi yang saya buat kali ni. mula-mula saya dapatkan resepi ni dari kak ita, lepas tu belek blog mat gebu pun terjumpa resepi yang sama dan resepi asalnya dari  1001 resepi . ramai kan dah buat cuma saya yang tertinggal.

akhirnya saya cuba juga.cuma saya pandai-pandai la menambah pisang lecek. sebab pisang kat rumah tak terusik pun. so dari busuk mcm tu je baik saya manfaatkan. rasa kek ni memang sedap bak kata cik mat gebu, kek paling sedap dirasa. lebih kurang macam tu la. kek ni tekstur dia padat. tak la naik macam kek biasa kita buat. senang dan puas hati. so cuba lah yea!

custard teacake:

bahan-bahan kek:
125gm butter / 1/2 cawan butter
5 sudu besar gula kastor
1 biji telur ayam gred A
3/4 cawan tepung naik sendiri
1/4 cawan tepung kastard
1/2 cawan pisang dilenyek

bahan-bahan inti kastard:
1 sudu besar tepung kastard
1 sudu besar gula kastor
2/3 cawan susu segar
1 sudu besar butter
1 sudu teh vanilla

cara-cara:
kita buat inti kastard dulu ye.
1-larutkan gula, tepung kastard dalam susu segar-dalam mangkuk tahan panas
2-masakkan atas api dan kacau smpai pekat dan tak berketul

cara-cara adunan kek:
1-pukul mentega dan gula sampai kembang dan gebu
2- masukkan telur, gaul rata
3- masukkan tepung, gaul rata lagi,masukkan pisang lenyek
4-masukkan 1/2 adunan dalam loyang yang disapu butter dan beralas kertas minyak, ratakan
5- bubuh inti kastad tadi ditengah-tengah, ratakan sedikit tapi jangan sampai ke tepi loyang
6-tutup dengan separuh lagi adunan.ratakan.
7-bakar pada suhu 175 'C hingga masak

damia huda cinta hatiku ♥

lebih icing untuk cupcake kak inah tu saya bubuh atas cupcake lebih.
untuk damia huda yang gudgirl sangat tak kacau umi dia mendeco. gudgirl sebab damia tido...hahahaha

 tengok la jari damia yang montok2 tu...bahagia bila dia dah sihat :)

 owh! itu paling damia suka..meratah icing!

 sampai jilat jari...

 comot...dengan rambut itu..

 sampai ke lengan??

lepas makan cupcake jom kita solat!
telekung tu saya gunting dari kain telekung lama saya. bahagian renda saya biarkan. cuma gunting kecikkan. lepas tu jahit riben dan bahagian muka. sebab damia pantang kalau nampak umi dia nak solat. minta dipakaikan telekung juga. sebab tu saya jahitkan untuk dia. 

tengok la damia...terlepek dia sujud. mudah- mudahan jadi anak yang solehah..amin..

thank u Allah!

roses cupcake

jumaat malam dapat call dari regular customer minta tempahan cupcake untuk makan-makan family.
kak inah bgtau deco terpulang pada saya..mmm..jenuh fikir. akhirnya ni yang jadi.

 melaram jap buh atas stand cupcake

ada customer yang nak tau safety box untuk cupcake. inilah dia. dalam tu ada paper yang lubang2 untuk letak cupcake so cupcake tak bergoyang atau terbalik. luar pulak ada surface transparent. selamatkan? ok cupcake ni dah sampai bangi dan melaka.
tq kak inah!

04 April 2011

terung bakar

kalau tak tengok tajuk tu mesti tak tau kan apa dalam gambar ni.haha
ni la teruk bakar ala sarawak. resepinya saya ambil dari buku masakan sarawak yang encik suami beli dulu. sekarang dah main ingat dalam kepala je sebab nak buatnya sangat senang.

bahan-bahan:

1 batang terung sederhana panjang

bahan B:
5 biji cili api
1 biji lada merah
1 biji lada hijau
belacan
3 biji bawang kecil
2 ulas bawang putih

limau sambal/air asam 
gula
garam

cara-cara:

bakar terung sampai masak-lembut
kopek kulit terung,potong kecil ketepikan

potong cili, bahan A  kecil-kecil, goreng sebentar dengan minyak.
tumbuk sampai lumat-sama macam sambal belacan.
perah air limau/air asam dan campurkan pada bahan A.

gaul bersama bahan-bahan tadi bersama terung.

03 April 2011

siakap kukus lobak asin

hujung minggu la nak menjamu keluarga dengan air tangan sendiri. hari biasa masak juga tapi masakan yang simple-simple dan campak-campak je. hari minggu awal2 lagi encik suami dah bawa ke pasar. katanya nak makan siakap kukus lobak asin. encik suami tak cerewet dalam pemakanan.alhamdulillah. tapi ada juga yang diminta kalau teringin nak makan itu ini. senang kan.. kadang-kadang pening juga bila tak tau nak masak apa. 
mula lah bukak internet, blog. biasanya blog menjadi mangsa blog kak ita , blog cik mat gebu , blog 1001 resepi,  dan blog lain juga.

encik suami beli 2 ekor siakap. harga tak sampai sepuluh ringgit pun. tapi kalau kita makan dekat seafood restoran mesti seekor tu harga dalam rm25 kan? so kesimpulannya jangan malas masak! kehkehkeh..berbaloi-baloi kalau masak kat umah dari makan kat luar.
resepi siakap kukus lobak asin:

bahan-bahan:
seekor ikan siakap sederhana besar
2 inci halia-dihiris memanjang dan halus
sebatang serai-di titik, belah dua
2 biji lada besar-potong serong
1 biji bawang bakung-hiris kasar
3 ulas bawang putih- dititik
asam keping 2 keping
2 sudu sos tiram
lobak asin-dipotong kasar
secubit garam

cara-cara:
1-basuh ikan bersih, lumur dengan garam dan sos tiram
2-panaskan pengukus
3- letakkan separuh dari bahan-bahan di atas ke dalam bekas tahan panas
4-masukkan ikan dan letak bahan yang lebih di atas ikan
5- kukus hingga masak

02 April 2011

ayam berempah cara saya

saya kurang suka ayam berbanding ikan dan daging. sebab bagi saya ayam muak sikit. bertambah-tambah lagi sekarang ayam naik harga. pernah minggu lepas encik suami beli ayam , separuh saja harga 9 ringgit! katanya sebab orang takut nak makan ikan sebab tsunami jepun. orang takut sebaran radioaktif tu. betul ke? boleh buktikan pada saya?

slalu makan ayam goreng, kali ni saya nak cuba buat ayam goreng berempah cara saya. sebab cara saya, saya main campak-campak je. sukatan pun saya agak-agak. rasa ayam ni tak rasa sangat berempah. rasanya ringan saja dan budak-budak pun suka

jom layan resepi

bahan-bahan:
ayam-anggaran 300gm
1 sudu tehserbuk jintan manis
2 sudu teh serbuk ketumbar
1 sudu teh serbuk kunyit
1 sudu teh garam
2 sudu besar sos tiram
1/2 sudu teh serbuk lada hitam

cara-cara:
1-basuh bersih ayam, toskan
2- masukkan semua bahan diatas dan perapkan 1/2 jam
3- goreng dengan minyak bayak-minyak kene panas

01 April 2011

salad udang

Assalamualaikum semua. resepi kali ni dapat inspirasi masa dinner dekat Mutiara Hotel. encik suami cakap boleh buat balik nanti. dan inilah hasilnya.mudah, senang dan rasa pun sama. saya main agak-agak je bahan-bahannya dah tidak mengecewakan. tak salah mencuba kan..

saya menggunakan sos salad thousand island. dulu saya pernah bekerja separuh masa sebagai helper kitchen di sebuah cafe kopitiam di kajang. kebanyakan restoran tak menggunakan thousand island sebab harganya pun agak mahal berbanding mayonis. so Chef Ba ada ajar saya untuk buat thousand island .bagi saya cuma warnanya yang sama tetapi rasa berbeza.haha. sebab cuma menggunakan mayonis dan dicampur dengan sos cili .siap! ha....tapi elok kalau gunakan sos salad thousand island yang betul k!

jom tengok resepi jom..

bahan-bahan:
1/4 sayur kobis
1 sudu besar sos ikan
1 sudu teh lada sulah
sos thousand island
udang sederhana besar-anggaran 100gm

cara-cara:
1-buang kulit udang dan dibelah belakang
2-rebus udang dlm 2 minit
3-potong kobis halus-halus
4-masukkan kobis dan udang di dalam mangkuk besar
5-masukkan sos ikan , lada sulah dan thousand island, gaul rata

bagi saya kalau dah menggunakan sos ikan tak perlu guna garam sebab sos ikan tu dah masin. tapi kalau memang kuat masin, tabur lah garam sikit ye. 
Dari pengamatan, lagi cantik kalau udang dibuang separuh kulit ( kulit bahagian ekor tak payah buang. rebus dulu, lepas tu baru buang kulit. so udang tak la kecut sangat. cubalah resepi ringkas ni. berbaloi baloi. 

Tempahan Wedding Cake~

Pemberitahuan:
1. Bermula tahun hadapan (2013), sebarang tempahan wedding cake akan dikenakan deposit sebanyak rm50 bagi tujuan 'booking date'.

2. Sebarang discussion berkenaan design kek hanya akan dilayan selepas pembayaran deposit tersebut.

3. Deposit sebanyak 50% perlu dijelaskan selepas persetujuan kedua belah pihak dan bayaran selebihnya boleh dibuat sebelum/ semasa penghantaran kek tersebut.

4. Sekiranya tempahan kek tidak dapat dibuat berikutan masalah kesihatan @ emergency, saya akan memulangkan kembali wang tersebut. Tetapi sekiranya pembatalan tempahan dibuat oleh pelanggan tanpa sebab yang munasabah, deposit tersebut tidak akan dipulangkan.

p/s: pertanyaan mengenai harga wedding cake tidak dikenakan apa-apa charge :D