03 April 2011

siakap kukus lobak asin

hujung minggu la nak menjamu keluarga dengan air tangan sendiri. hari biasa masak juga tapi masakan yang simple-simple dan campak-campak je. hari minggu awal2 lagi encik suami dah bawa ke pasar. katanya nak makan siakap kukus lobak asin. encik suami tak cerewet dalam pemakanan.alhamdulillah. tapi ada juga yang diminta kalau teringin nak makan itu ini. senang kan.. kadang-kadang pening juga bila tak tau nak masak apa. 
mula lah bukak internet, blog. biasanya blog menjadi mangsa blog kak ita , blog cik mat gebu , blog 1001 resepi,  dan blog lain juga.

encik suami beli 2 ekor siakap. harga tak sampai sepuluh ringgit pun. tapi kalau kita makan dekat seafood restoran mesti seekor tu harga dalam rm25 kan? so kesimpulannya jangan malas masak! kehkehkeh..berbaloi-baloi kalau masak kat umah dari makan kat luar.
resepi siakap kukus lobak asin:

bahan-bahan:
seekor ikan siakap sederhana besar
2 inci halia-dihiris memanjang dan halus
sebatang serai-di titik, belah dua
2 biji lada besar-potong serong
1 biji bawang bakung-hiris kasar
3 ulas bawang putih- dititik
asam keping 2 keping
2 sudu sos tiram
lobak asin-dipotong kasar
secubit garam

cara-cara:
1-basuh ikan bersih, lumur dengan garam dan sos tiram
2-panaskan pengukus
3- letakkan separuh dari bahan-bahan di atas ke dalam bekas tahan panas
4-masukkan ikan dan letak bahan yang lebih di atas ikan
5- kukus hingga masak

No comments:

Post a Comment

Tempahan Wedding Cake~

Pemberitahuan:
1. Bermula tahun hadapan (2013), sebarang tempahan wedding cake akan dikenakan deposit sebanyak rm50 bagi tujuan 'booking date'.

2. Sebarang discussion berkenaan design kek hanya akan dilayan selepas pembayaran deposit tersebut.

3. Deposit sebanyak 50% perlu dijelaskan selepas persetujuan kedua belah pihak dan bayaran selebihnya boleh dibuat sebelum/ semasa penghantaran kek tersebut.

4. Sekiranya tempahan kek tidak dapat dibuat berikutan masalah kesihatan @ emergency, saya akan memulangkan kembali wang tersebut. Tetapi sekiranya pembatalan tempahan dibuat oleh pelanggan tanpa sebab yang munasabah, deposit tersebut tidak akan dipulangkan.

p/s: pertanyaan mengenai harga wedding cake tidak dikenakan apa-apa charge :D