Showing posts with label resepi lauk pauk. Show all posts

07 April 2011

laka masak lemak nenas

laka?apa laka tu?oh...laka tu sejenis udang. laka tu panggilan orang sarawak . orang semenanjung panggil udang ni udang ketak atau udang lipan. Rasa? bagi saya rasnya memang sedap dan manis berbandaing udang biasa atau ketam. tapi jarang dijumpai. kalau di johor ni, kipmart tampoi kadang kadang ada jual, ikut nasib la.sekilo rm4.50. tapi kalau di sarawak laagi murah.sekilo seringgit je dan besar-besar. kalau kecik-kecik  yang macam encik suami dapat beli ni isinya sangat sikit berbanding di sarawak seeko rpasti lebih setengah kilo atau sebesar lengan Damia!

sedih masa nak masak udang ni.huhu.sebab santan yang encik suami beli basi. nasib baik la saya bau dulu sebelum tuang.nasib baik santan serbuk ada jadi penyelamat..
cara masakan lemak ni sama je dengan masak lemak macam biasa tapi saya letak la juga resepi untuk berkongsi ye..

bahan-bahan:

300-400 gram udang ketak/laka
3/4 cawan santan 
nenas-separuh dipotong nipis atau ikut suka
1 batang serai
*1/2 inci kunyit hidup/1 sudu teh serbuk kunyit
*5 biji bawang kecil
*3 ulas bawang putih
*1/2 inci halia
(*blander dengan 1/2 cawan air)
daun kunyit dipotong nipis
1 sudu teh halba

cara-cara:
bersihkan udang ketak /laka.buang kepala.
masukkan bahan yang dah diblander dengan 1/2 cawan air lagi 
masukkan serai dan halba
bila dah mendidih masukkan nenas dan biar mendidih lagi
masukkan udang ketak/laka
bila dah mendidih masukkan santan
kacau sentiasa dan padamkan api bila dah mendidih.
**tak payah masukkan asam keping sebab nenas dah masa ye...

04 April 2011

terung bakar

kalau tak tengok tajuk tu mesti tak tau kan apa dalam gambar ni.haha
ni la teruk bakar ala sarawak. resepinya saya ambil dari buku masakan sarawak yang encik suami beli dulu. sekarang dah main ingat dalam kepala je sebab nak buatnya sangat senang.

bahan-bahan:

1 batang terung sederhana panjang

bahan B:
5 biji cili api
1 biji lada merah
1 biji lada hijau
belacan
3 biji bawang kecil
2 ulas bawang putih

limau sambal/air asam 
gula
garam

cara-cara:

bakar terung sampai masak-lembut
kopek kulit terung,potong kecil ketepikan

potong cili, bahan A  kecil-kecil, goreng sebentar dengan minyak.
tumbuk sampai lumat-sama macam sambal belacan.
perah air limau/air asam dan campurkan pada bahan A.

gaul bersama bahan-bahan tadi bersama terung.

03 April 2011

siakap kukus lobak asin

hujung minggu la nak menjamu keluarga dengan air tangan sendiri. hari biasa masak juga tapi masakan yang simple-simple dan campak-campak je. hari minggu awal2 lagi encik suami dah bawa ke pasar. katanya nak makan siakap kukus lobak asin. encik suami tak cerewet dalam pemakanan.alhamdulillah. tapi ada juga yang diminta kalau teringin nak makan itu ini. senang kan.. kadang-kadang pening juga bila tak tau nak masak apa. 
mula lah bukak internet, blog. biasanya blog menjadi mangsa blog kak ita , blog cik mat gebu , blog 1001 resepi,  dan blog lain juga.

encik suami beli 2 ekor siakap. harga tak sampai sepuluh ringgit pun. tapi kalau kita makan dekat seafood restoran mesti seekor tu harga dalam rm25 kan? so kesimpulannya jangan malas masak! kehkehkeh..berbaloi-baloi kalau masak kat umah dari makan kat luar.
resepi siakap kukus lobak asin:

bahan-bahan:
seekor ikan siakap sederhana besar
2 inci halia-dihiris memanjang dan halus
sebatang serai-di titik, belah dua
2 biji lada besar-potong serong
1 biji bawang bakung-hiris kasar
3 ulas bawang putih- dititik
asam keping 2 keping
2 sudu sos tiram
lobak asin-dipotong kasar
secubit garam

cara-cara:
1-basuh ikan bersih, lumur dengan garam dan sos tiram
2-panaskan pengukus
3- letakkan separuh dari bahan-bahan di atas ke dalam bekas tahan panas
4-masukkan ikan dan letak bahan yang lebih di atas ikan
5- kukus hingga masak

02 April 2011

ayam berempah cara saya

saya kurang suka ayam berbanding ikan dan daging. sebab bagi saya ayam muak sikit. bertambah-tambah lagi sekarang ayam naik harga. pernah minggu lepas encik suami beli ayam , separuh saja harga 9 ringgit! katanya sebab orang takut nak makan ikan sebab tsunami jepun. orang takut sebaran radioaktif tu. betul ke? boleh buktikan pada saya?

slalu makan ayam goreng, kali ni saya nak cuba buat ayam goreng berempah cara saya. sebab cara saya, saya main campak-campak je. sukatan pun saya agak-agak. rasa ayam ni tak rasa sangat berempah. rasanya ringan saja dan budak-budak pun suka

jom layan resepi

bahan-bahan:
ayam-anggaran 300gm
1 sudu tehserbuk jintan manis
2 sudu teh serbuk ketumbar
1 sudu teh serbuk kunyit
1 sudu teh garam
2 sudu besar sos tiram
1/2 sudu teh serbuk lada hitam

cara-cara:
1-basuh bersih ayam, toskan
2- masukkan semua bahan diatas dan perapkan 1/2 jam
3- goreng dengan minyak bayak-minyak kene panas

01 April 2011

salad udang

Assalamualaikum semua. resepi kali ni dapat inspirasi masa dinner dekat Mutiara Hotel. encik suami cakap boleh buat balik nanti. dan inilah hasilnya.mudah, senang dan rasa pun sama. saya main agak-agak je bahan-bahannya dah tidak mengecewakan. tak salah mencuba kan..

saya menggunakan sos salad thousand island. dulu saya pernah bekerja separuh masa sebagai helper kitchen di sebuah cafe kopitiam di kajang. kebanyakan restoran tak menggunakan thousand island sebab harganya pun agak mahal berbanding mayonis. so Chef Ba ada ajar saya untuk buat thousand island .bagi saya cuma warnanya yang sama tetapi rasa berbeza.haha. sebab cuma menggunakan mayonis dan dicampur dengan sos cili .siap! ha....tapi elok kalau gunakan sos salad thousand island yang betul k!

jom tengok resepi jom..

bahan-bahan:
1/4 sayur kobis
1 sudu besar sos ikan
1 sudu teh lada sulah
sos thousand island
udang sederhana besar-anggaran 100gm

cara-cara:
1-buang kulit udang dan dibelah belakang
2-rebus udang dlm 2 minit
3-potong kobis halus-halus
4-masukkan kobis dan udang di dalam mangkuk besar
5-masukkan sos ikan , lada sulah dan thousand island, gaul rata

bagi saya kalau dah menggunakan sos ikan tak perlu guna garam sebab sos ikan tu dah masin. tapi kalau memang kuat masin, tabur lah garam sikit ye. 
Dari pengamatan, lagi cantik kalau udang dibuang separuh kulit ( kulit bahagian ekor tak payah buang. rebus dulu, lepas tu baru buang kulit. so udang tak la kecut sangat. cubalah resepi ringkas ni. berbaloi baloi. 

12 March 2011

botok-botok ikan

1st time saya tau cara untuk buat botok ikan ni. ikan pon ada botok tau! hihi setahu saya botok ikan ni resepi orang jawa.
saya beruntung dibesarkan di banyak negeri..pahang, kelantan , johor. belajar pulak di negeri sembilan. banyak makanan yang dapat merasa. keluarga kami pun bukan jenis cerewet dalam memilih makanan dan sifat ingin merasa makanan yang baru memang dah sebati dalam diri kami. seingat saya, makanan pelik2 yang saya banyak jumpa adalah di negeri kelantan. macam-macam nama makanan dan sedap.susah nak junpa di negeri lain.contohnya nama 'taik itik'.pelik kan? tapi itu lah nama makanan tu.

di negeri pahang pula yang memang terkenal adalah masak tempoyak ikan patin. dulu memang saya suka tempoyak lagi-lagi kalau ikan patin. sebut je apa yang berkaitan dengan durian..memang berhantu! tapi itu dulu. skrg ni dah tak boleh sentuh ikan patin.kenapa? sebab selepas berkahwin dengan suami saya, saya dilarang untuk makan ikan patin.sentuh pon tak boleh. saya pun pelik tapi keluarga mertua bagitau tu pantang larang bagi mereka.macam sumpah pak kaduk, sumpahan laksamana bentan,mahsuri...kalau makan boleh bawak maut.m..macam tak percaya tapi dah takut nak makan.huhu..

ok panjang pulak entri kali ni. cuma nak perkenal kan resepi yang saya TOLONG mak saya buat.hihihi..rasanya memang sedap.ditambah dengan banyak ulam2 dan sayur di dalamnya. rempah yang menyihatkan. jom kita tengok resepi..

bahan-bahan :

1 ekor ikan bawal/tenggiri
-lebih kurang 500 gram.ikan dibersihkan dan potong 4/5

6-8 ulas bawang merah
4-6 ulas bawah putih
1 inci halia
1/2 inci kunyit hidup
8-10 tangkai lada kering
3 batang serai-dipotong nipis
3 sudu makan ketumbar
2 sudu makan jintan manis
2 sudu makan jintan putih
air asam jawa 1/2 cawan
air secukupnya
**blander sebati sume bahan di atas.jangan cair sangat

1/2 cawan kelapa parut-diblander kasar
4 sudu makan kerisik/ikut kepekatan

bahan-bahan lain:

pucuk betik
daun limau purut-hiris halus
daun kesun-hiris halus
pucuk bebuas
pucuk manis
pucuk betik
pucuk ubi
daun pisang untuk membungkus.

cara-cara:

1-campurkan kelapa yang dikisar dan kerisik ke dalam bahan yang diblander
2- tambah garam & gula,perasakan
3-bentangkan daun pisang yang telah dilayur atas api
3-letakkan sayuran tadi
4-bubuh rempah diatas daun tadi anggaran 2 sudu makan
5-letakkan ikan yang telah dibersihkan dan dipotong
6-letakkan lagi rempah dan tutup semula dengan daun
7- kukus hingga masak

-selamat mencuba-

22 November 2010

begedil daging campak

kalau dh nama raya korban
seminggu msti menu penuh dgn daging je kan..haha
mlm td mask daging merah ketumbar dgn begedil daging
ha....sume 'daging'

ni begedil daging 'malas' pae

resepi pun malas la kot..guna pe yg ada je

bahan2:

daging-dicincang(boleh ganti dgn sardin dlm tin-buang sos dia amik ikan je)
3 biji kentang-rebus empuk,lenyek
daun sup-hiris halus
bawang besar-hiris halus
1tsp jintan manis,
1 tsp ketumbar
garam secukup rasa

bahan salut:

2 biji telur dipukul

cara2:
campurkan semua bahan, gaul sebati

bentukkan bulat2 mcm ni

goreng dlm minyak yang byk
siap dah...senang kan

Tempahan Wedding Cake~

Pemberitahuan:
1. Bermula tahun hadapan (2013), sebarang tempahan wedding cake akan dikenakan deposit sebanyak rm50 bagi tujuan 'booking date'.

2. Sebarang discussion berkenaan design kek hanya akan dilayan selepas pembayaran deposit tersebut.

3. Deposit sebanyak 50% perlu dijelaskan selepas persetujuan kedua belah pihak dan bayaran selebihnya boleh dibuat sebelum/ semasa penghantaran kek tersebut.

4. Sekiranya tempahan kek tidak dapat dibuat berikutan masalah kesihatan @ emergency, saya akan memulangkan kembali wang tersebut. Tetapi sekiranya pembatalan tempahan dibuat oleh pelanggan tanpa sebab yang munasabah, deposit tersebut tidak akan dipulangkan.

p/s: pertanyaan mengenai harga wedding cake tidak dikenakan apa-apa charge :D