laka?apa laka tu?oh...laka tu sejenis udang. laka tu panggilan orang sarawak . orang semenanjung panggil udang ni udang ketak atau udang lipan. Rasa? bagi saya rasnya memang sedap dan manis berbandaing udang biasa atau ketam. tapi jarang dijumpai. kalau di johor ni, kipmart tampoi kadang kadang ada jual, ikut nasib la.sekilo rm4.50. tapi kalau di sarawak laagi murah.sekilo seringgit je dan besar-besar. kalau kecik-kecik yang macam encik suami dapat beli ni isinya sangat sikit berbanding di sarawak seeko rpasti lebih setengah kilo atau sebesar lengan Damia!
sedih masa nak masak udang ni.huhu.sebab santan yang encik suami beli basi. nasib baik la saya bau dulu sebelum tuang.nasib baik santan serbuk ada jadi penyelamat..
cara masakan lemak ni sama je dengan masak lemak macam biasa tapi saya letak la juga resepi untuk berkongsi ye..
bahan-bahan:
300-400 gram udang ketak/laka
3/4 cawan santan
nenas-separuh dipotong nipis atau ikut suka
1 batang serai
*1/2 inci kunyit hidup/1 sudu teh serbuk kunyit
*5 biji bawang kecil
*3 ulas bawang putih
*1/2 inci halia
(*blander dengan 1/2 cawan air)
daun kunyit dipotong nipis
1 sudu teh halba
cara-cara:
bersihkan udang ketak /laka.buang kepala.
masukkan bahan yang dah diblander dengan 1/2 cawan air lagi
masukkan serai dan halba
bila dah mendidih masukkan nenas dan biar mendidih lagi
masukkan udang ketak/laka
bila dah mendidih masukkan santan
kacau sentiasa dan padamkan api bila dah mendidih.
**tak payah masukkan asam keping sebab nenas dah masa ye...
No comments:
Post a Comment