12 March 2011

botok-botok ikan

1st time saya tau cara untuk buat botok ikan ni. ikan pon ada botok tau! hihi setahu saya botok ikan ni resepi orang jawa.
saya beruntung dibesarkan di banyak negeri..pahang, kelantan , johor. belajar pulak di negeri sembilan. banyak makanan yang dapat merasa. keluarga kami pun bukan jenis cerewet dalam memilih makanan dan sifat ingin merasa makanan yang baru memang dah sebati dalam diri kami. seingat saya, makanan pelik2 yang saya banyak jumpa adalah di negeri kelantan. macam-macam nama makanan dan sedap.susah nak junpa di negeri lain.contohnya nama 'taik itik'.pelik kan? tapi itu lah nama makanan tu.

di negeri pahang pula yang memang terkenal adalah masak tempoyak ikan patin. dulu memang saya suka tempoyak lagi-lagi kalau ikan patin. sebut je apa yang berkaitan dengan durian..memang berhantu! tapi itu dulu. skrg ni dah tak boleh sentuh ikan patin.kenapa? sebab selepas berkahwin dengan suami saya, saya dilarang untuk makan ikan patin.sentuh pon tak boleh. saya pun pelik tapi keluarga mertua bagitau tu pantang larang bagi mereka.macam sumpah pak kaduk, sumpahan laksamana bentan,mahsuri...kalau makan boleh bawak maut.m..macam tak percaya tapi dah takut nak makan.huhu..

ok panjang pulak entri kali ni. cuma nak perkenal kan resepi yang saya TOLONG mak saya buat.hihihi..rasanya memang sedap.ditambah dengan banyak ulam2 dan sayur di dalamnya. rempah yang menyihatkan. jom kita tengok resepi..

bahan-bahan :

1 ekor ikan bawal/tenggiri
-lebih kurang 500 gram.ikan dibersihkan dan potong 4/5

6-8 ulas bawang merah
4-6 ulas bawah putih
1 inci halia
1/2 inci kunyit hidup
8-10 tangkai lada kering
3 batang serai-dipotong nipis
3 sudu makan ketumbar
2 sudu makan jintan manis
2 sudu makan jintan putih
air asam jawa 1/2 cawan
air secukupnya
**blander sebati sume bahan di atas.jangan cair sangat

1/2 cawan kelapa parut-diblander kasar
4 sudu makan kerisik/ikut kepekatan

bahan-bahan lain:

pucuk betik
daun limau purut-hiris halus
daun kesun-hiris halus
pucuk bebuas
pucuk manis
pucuk betik
pucuk ubi
daun pisang untuk membungkus.

cara-cara:

1-campurkan kelapa yang dikisar dan kerisik ke dalam bahan yang diblander
2- tambah garam & gula,perasakan
3-bentangkan daun pisang yang telah dilayur atas api
3-letakkan sayuran tadi
4-bubuh rempah diatas daun tadi anggaran 2 sudu makan
5-letakkan ikan yang telah dibersihkan dan dipotong
6-letakkan lagi rempah dan tutup semula dengan daun
7- kukus hingga masak

-selamat mencuba-

1 comment:

  1. kalau di larang menda yang halal ...dah tk betul tu..kalau depa tak makan tapi terbawa2 kepada kita yang patut dpt menikmati makanan dari Allah swt dah salah tu cuba rujuk pada ustaz..dulu keluarga belah somi pun macam tu juga katanya belah mereka tak boleh makan ikan tongkol sumpahan juga..tapi suruh somi makan..alhamdulillah elok je sampai ke hari ni... hehehe

    ReplyDelete

Tempahan Wedding Cake~

Pemberitahuan:
1. Bermula tahun hadapan (2013), sebarang tempahan wedding cake akan dikenakan deposit sebanyak rm50 bagi tujuan 'booking date'.

2. Sebarang discussion berkenaan design kek hanya akan dilayan selepas pembayaran deposit tersebut.

3. Deposit sebanyak 50% perlu dijelaskan selepas persetujuan kedua belah pihak dan bayaran selebihnya boleh dibuat sebelum/ semasa penghantaran kek tersebut.

4. Sekiranya tempahan kek tidak dapat dibuat berikutan masalah kesihatan @ emergency, saya akan memulangkan kembali wang tersebut. Tetapi sekiranya pembatalan tempahan dibuat oleh pelanggan tanpa sebab yang munasabah, deposit tersebut tidak akan dipulangkan.

p/s: pertanyaan mengenai harga wedding cake tidak dikenakan apa-apa charge :D